Koperasi Pembangunan dan Pengurusan Kewangan Selangor Berhad

Profil Koperasi

Koperasi Pembangunan dan Pengurusan Kewangan Selangor Berhad (KPPKSB)
No. Pendaftaran: 202259202042
Berdaftar pada 8 Julai 2022 di bawah seliaan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor.

Pengenalan

KPPKSB merupakan sebuah koperasi yang memfokuskan kepada perkhidmatan pengurusan kredit, kutipan hutang lapuk serta pembangunan modal insan.
Kami menyediakan penyelesaian yang menyeluruh, beretika dan efektif, dengan matlamat membantu organisasi serta syarikat menguruskan kutipan hutang secara berhemah dan menjimatkan kos.

Pendekatan Kami

Pendekatan kerja KPPKSB berasaskan prinsip mencari dan memberikan penyelesaian yang harmoni terhadap cabaran antara pihak penghutang dan syarikat.
Melalui strategi kutipan yang sistematik, berterusan dan berfokus kepada komunikasi yang membina, kami membantu pelanggan memaksimumkan jumlah kutipan dan mempercepatkan proses pembayaran hutang.

Pasukan kami terdiri daripada kakitangan terlatih dan berpengalaman, yang mengamalkan pendekatan profesional, berhemah dan berorientasikan hasil.
Pendekatan kami yang lebih bersifat memujuk dan berterusan sering menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding kaedah kutipan tradisional, bukan sahaja dari segi jumlah kutipan, malah juga tempoh penerimaan bayaran.

Komitmen dan Etika

Kami sedar bahawa dalam setiap urusan kutipan, KPPKSB mewakili imej dan jenama pelanggan kami.
Oleh itu, kami sentiasa menjaga reputasi dan profesionalisme dalam setiap interaksi bersama penghutang.

Kami juga memberi penekanan tinggi terhadap kerahsiaan maklumat yang dibekalkan oleh pelanggan. Segala data berkaitan penghutang diuruskan dengan penuh integriti, keselamatan dan pematuhan kepada undang-undang.

KPPKSB komited untuk melaksanakan setiap tugasan dengan jujur, telus dan berintegriti tinggi, seiring dengan prinsip tadbir urus koperasi yang baik.

KPPKSB